Rukun Puasa Yang Mesti Kita Ketahui

Seperti ibadah2 yg lain, Ibadah Puasa juga ada Rukun yg mesti dipenuhi oleh mukmin yg melaksanakannya, jika tidak dipenuhi maka ibadahnya itu tidak akan diterima.

Ibadah Puasa ada 2 Rukun

Pertama: Niat
Seperti ibadah2 yg lain, Niat adalah rukun pertama dan terutama yg sangat penting.

Ibadah adalah perkara2 yg kita lakukan kepada Allah sebagai tanda pernghambaan dan pengabdian kita kepada Allah swt dan Allah akan memberikan ganjaranNya pada setiap ibadah yg dilakukan kepadaNya.

Justru perkara pertama yg Allah swt mahu lihat bagi syarat penerimaannya adalah Niat.

Niat tempatnya dihati, ia adalah pekerjaan hati bukan yg lain.

Yg dimaksudkan dengan Niat adalah Tujuan Hati, ibarat suatu soalan yg mesti dijawab oleh Hati terlebih dahulu sebelum ibadah itu dilakukan, Mengapa ibadah itu dibuat, untuk siapa dibuat dan kerana siapa ia dibuat.

Oleh bagi memenuhi tuntutan Niat dalam ibadah puasa, KITA MESTI MENYATAKAN NIAT KITA SEBELUM KITA MAHU MULA BERPUASA.

Telah ditetapkan bahawa permulaan puasa adalah takala masuknya waktu subuh maka Niat puasa kita mesti kita sudah tetapkan Sebelum waktu subuh.

Utk pendekkan cerita, kita berniat dengan mengatakan dalam hati kita
“Aku akan berpuasa Ramadhan kerana Allah swt”

Adapun ajaran tentang melafazkan niat dengan lisan atau bacaan tertentu dalam bahasa Arab sebenarnya itu bukanlah niat, ia hanya sebagai panduan dari tok guru2 Arab zaman dahulu

Adapun kita yg bukan berbangsa Arab hendaklah menggunakan bahasa hati kita sendiri ( bahasa yg kita gunakan utk bercakap pada diri kita sendiri dalam hati)

Boleh faham?

Kedua: Tidak melakukan segala perkara yg membatalkan puasa bermula dari terbit fajar ( masuk waktu subuh) hinggalah tengelam matahari ( masuknya waktu maghrib)

Itu sahaja Rukun Puasa
Insya Allah kita akan terangkan pula perkara2 yg membatalkan puasa.

Ust Abdul Rahman Mohamed

Leave a Reply