Diketepikan keluarga sendiri kerana harta dunia

Kisah benar ini disampaikan sendiri oleh yang punya diri kepada Editor Selebriti pada 23 Mar 2021. Hanya nama pencerita sahaja yang ditukar.

Siti yang berusia dalam linkungan 50an tinggal bersama suami dan seorang anak lelaki. Pada tahun 2012, ayah Siti meninggal dunia akibat serangan jantung. Ayah dan ibunya sebelum itu menetap di rumah 4 bilik di kawasan perumahan Bedok bersama adik perempuannya (Siti tidak mempunyai adik beradik lain). Apabila ayahnya meninggal, nama bagi hak milik rumah tersebut (atas nama arwah dan ibunya) kemudian digantikan kepada nama ibu dan adiknya.

Adiknya kemudian berpindah ke rumah baru dan ibunya mengikutinya. Timbul cadangan agar rumah di Bedok itu dijual memandangkan rumah tersebut tidak didiami. Apabila Siti bertanyakan khabar mengenai rumah tersebut, ibunya mengatakan yang belum ada usaha untuk dilakukan bagi menjual rumah tersebut yang dianggarkan bernilai lebih dari $400,000 (hutang HDB sudah selesai semua). Keadaannya begitu tahun berganti tahun.

Tanpa pengetahuan Siti, ibu dan adiknya melalui seorang abang angkat keluarga telah menjual rumah tersebut. Rumah dijual pada tahun 2019 dengan senyap-senyap.

Ianya diketahui Siti apabila ibunya meminta Siti nombor bank akaunnya. Apabila ditanya mengapakah nombor bank akaunnya diperlukan, ibunya memberitahu yang rumah telah dijual dan dia ingin memberi bahagian Siti tapi dalam bentuk wang bulanan kerana “takut anaknya akan menghabiskan semua wang yang diberikan”.

Walaupun Siti telah bertanyakan berapa harga rumah yang dijual,  namum ibunya tetap tidak mahu memberitahu dan hanya mengatakan rumah dijual dengan harga lebih kurang $200,000 sahaja.

Siti yang tidak yakin rumah dijual dengan harga jauh lebih rendah dari pasaran meminta agar ibunya untuk lebih berterus terang tapi ibunya tetap enggan memberitahu.

Siti kemudian menghubungi abang angkat yang telah membantu dalam penjualan rumah, namum dia juga tidak mahu memberitahu. Malahan mengikut kata Siti, abang angkat tersebut menyuruh dia untuk “Go to hell !”.

Tergerak untuk mengetahui apakah dia mempunyai hak untuk mengetahui jumlah sebenar dan berapakah bahagian dia yang sebenar, maka Siti pun bertanya  seorang peguam. Peguam memberi kepastian bahawa Siti mempunyai hak dalam pembahgian harta yang kini bergantung kepada hasil penjualan rumah.

Tapi bagi Siti, dia tidak mahukan kerana harta benda dunia, perkara ini dibawa ke pengadilan. Hanya yang dimahukan agar ibu dan adiknya berlaku adil terhadap dirinya sebagai anak yang tua.

Niat Siti kalaupun dia mendapat haknya, dia akan menggunakan wang tersebut untuk terus membiayi kos perubatan dialisis dirinya dan menghantar anaknya untuk meneruskan pelajaran agamanya.

Suami Siti pernah cuba untuk mengurangkan ketegangan dengan menghubungi ibu mertua nya tapi ibu mertuaya tidak mahu berkerjasama dengan mengatakan anak menantunya itu “orang luar” dan dari itu tidak perlu masuk campur urusan keluarga.

Baru-baru ini juga Siti ada berjumpa dengan sepasangan sepupuya yang mengatakan mereka tahu mengena penjualan rumah tapi diminta oleh ibu Siti untuk merahsiakannya dari pengetahuan Siti.

Siti begitu kecewa akan sikap keluarganya sendiri yang mengetepikannya. Sehingga sebentuk cincin yang diberikan oleh ayahnya sebelum meninggal juga diminta balik oleh ibunya dengan alasan cincin itu ada ‘hantunya’ dan tidak patut disimpan.

Siti kini hanya berserah kepada Allah sambil mengharapkan akan ada kebaikan daripada apa yang telah berlaku. Kerana begitu kecewa atas sikap keluarga, Siti kini berdiam diri dan meneruskan kehidupan bersama suami dan anak. 

2 Comments

Leave a Reply