Apakah yang dimaksudkan sebagai bulan2 istimewa?

Panduan Beramal Pada Bulan2 Islam yg Istimewa Seperti Rejab, Sya’ban dan Ramadhan.

Maksud dari mengistimewakan bulan yg istimewa, kita mengistimewakannya dengan amalan2 kita.

Pada bulan2 tersebut kita banyak melakukan amalan2 baik berbeza dari bulan2 yg lain

Apa2 amalan yg baik yg tidak kita lakukan pada bulan2 yg lain kita lakukan pada bulan2 yg istimewa tersebut.

Apa2 amalan baik yg telah kita lakukan pada bulan2 yg lain kita maintain lakukannya atau kita tambah contohnya solat2 wajib yg biasa kita lakukan kita tambah dengan solat2 sunnat, solat2 sunnat yg boleh dilakukan lebih 2 raka’at yg biasa kita lakukan 2 raka’at kita tambah jadikan 4 raka’at seperti solat Dhuha, solat Tahajjud, Dzikir2 Sunnah yg biasanya kita tinggalkan, kita amalkan pada bulan2 istimewa tersebut, dan seterusnya. Begitulah maksud mengistimewakan bulan2 yg istimewa disisi Allah, kita buat luar dari yg biasa, kita lakukan apa2 yg kita tidak lakukan pada bulan2 yg lain.

Faham ke faham?

Panduan Harian Beramal Pada Bulan2 Istimewa

1 Bangun pagi dengan mengucapkan kesyukuran
( Doa bangujn tidur)

2 Baca doa sebelum masuk bilik air, masuk dengan kaki kiri dan sesudah settle urusan berwudhuk sebelum keluar dengan kaki kanan sambil mengucapkan syukur ( doa keluar bilik air)

3 Lakukan solat sunnat subuh, solat fardhu subuh dan amalkan semua dzikir2 lepas solat

4 Baca Al Quran walaupun hanya 5 ayat, kalau dapat lebih banyak ayat lebih baik.

5 Lakukan solat sunnat Dhuha, paling sedikit 2 raka’at, paling banyak 12 raka’at ikut kemampuan

6 Makan dengan membaca Bismillah dan doa makan dan selesai makan ucapkan kesyukuran ( doa selesai makan)

7 Keluar rumah dengan membaca doa ( doa keluar rumah)

8 Kalau naik kenderaan baca doa atau dzikir naik kenderaan

9 Mulakan apa jua kerja dengan bismillah dan akhirinya dengan ucapan syukur Alhamdulillah

10 Beraedekah semampu yg boleh walaup $2.00 sekalipun

11 Masuk rumah dengan memberi salam

12 lakukan semua solat2 wajib pasa awwal waktu dan secara berjemaah dengan keluarga. Istimewakan walaupun pada bulan2 lain tak pernah solat berjema’ah dengan keluarga

13 Ambil masa belajar agama walaupun sekadar klas online berbanding habiskan masa menonton Tv macam pada bulan2 yg lain

14 Masuk tidur dengan berwudhuk ( kalau boleh), baca Al Fatihah, Ayat Kursi, 3 Qul sebelum tidur

15 Bangun solat malam walau bangun pada jam 5 sekalipun tetap merupakan waktu yg boleh bertahajjud dan tutup dengan solat witir 3 raka’at

16 Berpuasa sunnat kalau termampu

Take note: Panduan ini hanya ringkasan sahaja, kalau nak tulis secara detail nanti orang bosan pulak membacanya sebab katanya panjang sangat.

Tu je…..cara2 nak istimewakan bulan2 Istimewa dengan melakukan amalan2 baik yg tidak kita lakukan pada bulan2 yg lain.

Oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Leave a Reply