Wajibkah kita menjawab salam yang diberi dalam sosial media?

Saudara, Kawan dan Teman

Pada pagi ini ingin saya kongsikan atau berbagi nasihat mengenai trend yg semakin menjadi tularan di media2 sosial, iaitu Apa Hukum Menjawab Salam Dari Posting Bergambar Seperti Dibawah Ini?

Kemaren juga tular rakaman jawaban tentang isu ini dari seorang ustaz yg cukup baik cuma sayang tidak diketahui siapa ustaz tersebut

Pagi ini saya berikan komen tambahan utk menjawab persoalan tersebut adakah kita wajib menjawab salam dari lambakan posting salam yg di share sama ada melalui Fb, Whatsapp, Twiter dan sebagainya.

Memang apabila orang memberi salam kepada kita maka wajib kita jawab salamnya itu dengan syarat;

1- Salam tersebut datangnya dari seorang muslim yg beriman.
Oleh itu jika kirim gambar seperti yg dibawah ini datangnya dari orang yg bukan muslim maka tidak wajib kita jawab salam tersebut

2- Salam yg wajib dijawab adalah salam yg diberikan seorang muslim melalui lisannya atau tulisan tangannya sendiri yg ditujukan kepada kita.
Oleh itu apabila seseorang hanya meng share gambar2 yg ada tulisan salam yg ditulis oleh orang lain maka kita juga tidak wajib menjawab salam tersebut kerana pada asalnya orang yg menulis salam dalam gambar tersebut tidak menujukan salam itu kepada kita.

3- Salam yg wajib dijawab baik secara lisan atau tulisan mestilah salam yg keluar dari hati seseorang yg menujukan salam tersebut kepada kita sama ada melalui lisannya sendiri atau tulisannya sendiri.

Oleh itu adapun setakat sharing gambar2 yg tertulis perkataan salam tanpa niat ikhlas yg datang dari hatinya tidak wajib dijawab kerana orang yg post gambar2 tersebut tidak memberi Salam kepada kita samaada melalui tulisannya atau lisannya dari hatinya tetapi sekadar share shj salam yg ditulis orang lain kepada kita justru tidak wajib dijawab.
Ringkasnya, dia tidak memberi salam tapi dia setakat share gambar yg ada perkataan salam.

Kessimpulannya Akak2, Abang2, Pakcik dan Makcik, jika awak benar2 mahu memberi salam kepada seseorang maka sampaikan sama ada melalui Lisan atau Tulisan awak sendiri yg disertakan dengan niat ikhlas dari hati utk memberi salam.

Janganlah perihal Salam pun engkau nak buat macam mee segera, semua main short cut!

Sampai Hp orangpun jadi Hang angkara lambakan gambar2 ucapan Salam Palsu yg tidak menepati syarat!

Segala amalan2 agama ada peraturannya, ada syarat rukunnya. Jika tidak menepati peraturan dan syarat rukunnya maka hanya menjadi sia sia.

Wallahu A’lam.

Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Leave a Reply