Tahlil malam ke 3, 7, 40 etc ni semua baik atau bidaah?

One Comment

  1. Ini pandangan yang diberi oleh Ust Muhammad Mazdiuky Md Ishak.

    “Ajaib, awak juga boleh terikut dgn kata pensyarah tersebut?
    Ringkasnya,
    Amalan 3, 7, 40 dan 100 hari kemudian setahun (hawl) adalah amalan yang dilaksanakan oleh para Sahabat Nabi رضي الله عنهم. Imam Suyuthi رحمه الله menyebutkan dalam kitabnya “Al-Hawi” bahawa riwayat yang sahih sehingga ke Imam Thawus رضي الله عنه (seorg tabi’in yang langsung berguru dengan 70 Sahabat Nabi), beliau berkata (yang diterimanya dari para Sahabat), “Seorg Mukmin diuji dalam kubur selama 7 hari manakala seorg Munafiq diuji 40 hari, sebaiknya mengadakan jamuan makan (utk dijamu kepada orang ramai sbg sadaqah) selama hari-hari tersebut.”
    Imam Suyuthi menambah dengan katanya dalam kitab yang sama bahawa amalan ini adalah dari zaman Salaf (generasi Sahabat) di Makkah & Madinah mereka membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.
    Di dalam kitab “Nihayatuz Zayn” oleh Shaykh Nawawi Al-Banteni رحمه الله memetik kata Shaykh As-Sayyid Ahmad Dahlan رحمه الله (kedua-duanya adalah guru Shaykh Muhammad As-Suhaimi) menerangkan sama.
    Kesimpulannya, tak nak buat, tidak berdosa. Tetapi jika menghukum sesat dan takda, risau-risau mengingkari As-Sunnah & para Sahabat.
    Mudah2an ilmu yang bermanfaat.”

Leave a Reply