Kawan akan support kita ke?

Selebriti atau personaliti yang tak dikenali jual apa harga pun kira orite. Kalau member sendiri yang buat, mahal lah, potong leher lah, nak tekan orang lah dan macam2 macam lagi. Kalau boleh, member punya pasal, discount or kasi free lah.

Apakah ini sikap orang kita? Apa pandangan anda?

2 Comments

  1. Perkara ini dah lumrah dan memang jadi tabiat sesetengah orang kita. Tak semua, tapi memang ramai. Lagi-lagi kalau kawan baru buka kedai, janganlah mintak diskaun. Mungkin dia belum lagi meraih keuntungan. Mungkin anda kurang faham akan selok-belok bisnes ni, tak senang terus kecapi keuntungan…. ada mintak diskaun tapi katakan bergurau saa. Kawan kita tu nak kata tak boleh dia segan… Jadi berpada-padalah ya…
    Walhal apa pun, sokonglah kawan yang baru buka bisnes. Kalau pun tak beli, doakan kejayaannya. Jangan mengata, mengejek, mencaci atau mengumpat. Yang buat bisnes pula, janganlah kutuk-mengutuk antara sesama lain. Masyarakat kita yg berbisnes dah lah tak ramai, jangan pula nak merobohkan sesama sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca luahanku ini.

    1. Terima kasih atas perkongsian pandangan. Harap2 minda masyarakat kita dapat berubah. Bagi bangsa Cina kelihatan apabila seseorang memulakan bisnis, semua kenalan ramai2 membantu. Penuh bunga ucap tahniah depan kedai dan sokongan diberi secara padu.

Leave a Reply