DIGANGGU POCONG

Berdasarkan dari kisah benar.

Pengalaman saya berlaku ketika saya menetap di rumah lama saya beberapa tahun yang lalu. Pada masa itu saya tinggal di Taman Jurong. Ia dikenali dengan gelaran ‘Diamond block’. Semasa saya tinggal disana saya pernah terdengar cerita-cerita dari jiran saya tentang penampakan hantu terutama sekali hantu pocong. Saya tidak menyangka yang saya sendiri akan mengalami pengalaman yang menakutkan itu. Begini kisahnya…

Pada malam kejadian itu saya dan suami baru sahaja pulang dari makan malam bersama mertua saya. Kami tiba di sekitar jam 11 malam. Suami saya menyuruh saya naik atas dahulu sementara beliau pergi ke kedai untuk membeli rokok. Saya terus naik lif ketingkat 12. Entah kenapa setibanya di atas saya rasa tidak sedap hati. Korridor nya amat sunyi sekali malam itu. Tiba-tiba saya terhidu bau pacai yang membuat saya rasa meremang! Minda saya mula terfikir tentang kisah gangguan pocong yang terjadi di block saya! Setibanya di pintu rumah saya, saya berasa amat lega sekali. Dengan cepat saya membuka pintu. Apabila saya hendak menutup pintu,saya terperasan ada suatu kelibat yang sedang memerhatikan saya di korridor yang bertentangan dengan rumah saya. Ya Allah! Rupa-rupanya kelibat itu adalah makhluk pocong! Kain kafan bahagian kepalanya terbuka sehingga boleh nampak rupanya yang amat menakutkan!

Saya terus tutup pintu, hidupkan kesemua lampu didalam rumah duduk diruang tamu sehingga suami pulang. Apabila beliau tiba dirumah beliau terkejut melihat keadaan saya. Saya ceritakan kepada beliau apa yang saya nampak. Katanya itu mungkin adalah permainan minda saya kerana mungkin saya terlalu penat. Dua minggu kemudian suami saya pula mengalami kejadian yang sama. Menurut beliau ada kelibat pocong yang mengekori beliau di korridor di ikuti dengan bau pacai yang amat kuat….”

Lukisan entiti Syed Wilson
 
 
 
 
 
You, Farid, MC Zee and 14 others
3 comments
 
Like
 

 
 
Comment
 

 

Leave a Reply